Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kedutaan Besar Rusia di Syria sedang menyiasat sama ada terdapat warga negaranya yang cedera ataupun terbunuh berikutan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat yang disasarkan ke atas pangkalan udara Syria, kata pegawai kedutaan kepada Sputnik.
"Kami tidak mempunyai sebarang informasi," kata pegawai itu pada hari Jumaat.
Pegawai itu mengatakan bahawa phak kedutaan sedang menyiasat sama ada terdapat warga Rusia di kalangan lima yang terbunuh yang tujuh yang cedera, seperti yang didakwa oleh gabenor Homs pada awal hari ini.
A.S melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berdekatan Homs pada lewat hari Khamis. Presiden Trump mendakwa bahawa serangan itu adalah tindak balas Washington berikutan dakwaan bahawa Assad menggunakan senjata kimia ke atas Idlib.
Damsyik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil mengatakan bahawa penggunaan senjata itu dari pihak mereka tidak masuk akal dan hanya merugikan mereka sahaja.
Rusia sebelum ini bertikam lidah dengan kuasa barat berikutan serangan kimia di Idlib yang menurut Amerika Syarikat dilakukan oleh Presiden Assad.
Perbalahan itu tercetus berikutan sebuah draf resolusi yang dibuat oleh Britain, Perancis dan Amerika Syarikat yang mengecam penggunaan sejata kimia di dalam sebuah serangan yang berlaku di Idlib, Syria sekaligus menuntut sebuah siasatan penuh dibuat ke atas perkara itu.
Timbalan Duta Rusia ke PBB, Vladimir Safronkov berkata bahawa ancaman pentadbiran Obama yang mengatakan bahawa A.S akan menggunakan tindakan ketenteraan jikalau "garisan merah" tidak diendahkan dan senjata kimia digunakan di dalam konflik di Syria telah menggalakkan sesetengah pihak untuk menggunakan senjata itu dengan harapan campur tangan A.S akan memberikan manfaat kepada mereka.
/315
7 April 2017 - 09:03
News ID: 822411
Kedutaan Besar Rusia di Syria sedang menyiasat sama ada terdapat warga negaranya yang cedera ataupun terbunuh berikutan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat yang disasarkan ke atas pangkalan udara Syria, kata pegawai kedutaan kepada Sputnik.